Isnin, 17 Mac 2014

Pengenalan tentang negara Syiria


SYIRIA






Syria, secara rasminya Republik Arab Syria ialah sebuah negara di Asia Barat Daya yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Lubnan di barat, Israel di barat daya, Jordan di selatan, Iraq di timur dan Turki di utara. Negara Syiria moden ialah bekas mandat Perancis yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, tetapi sejarahnya bermula seawal alaf ke-4 SM. Ibu negaranya Damsyik pernah dijadikan pusat pentadbiran Empayar Umayyad dan sebuah ibu wilayah Empayar Mamluk.

Syiria mempunyai seramai 19.3 juta orang penduduk,kebanyakannya penganut agama Islam Sunah berbahasa Arab iaitu 74% daripada seluruh populasi. Golongan Muslim lain termasuk mazhab Alawit pada 11%, Druze dan mazhab Islam lain pada 5%. Terdapat juga pelbagai mazhab Kristian yang membentuk 10% daripada seluruh populasi. Nama Syria berasal daripada nama Greek kuno "Syrians", yang dipakai oleh orang Greek untuk menggelar orang Assyria nama itu mungkin merupakan berasal daripada Assyria, yang berasal pula daripada Aššur dalam bahasa Akkadia.
   
Ibu negara
dan bandar terbesar
Bahasa rasmi
Kerajaan
 - 
 - 
Wael Al-halqi
Kemerdekaan        daripada           Perancis
 - 
Pengisytiharan pertama
 - 
Pengisytiharan kedua
 - 
Diiktiraf
 - 
Perairan (%)
0.06
Populasi
 - 
2007 (anggaran)
19,314,747 (ke-55)
KDNK (PPP)
2005 anggaran
 - 
Jumlah
$71.74 bilion (ke-65)
 - 
Per kapita
$5,348 (ke-101)
HDI (2004)
0.716 (sederhana / ke-107)
Mata wang
Zon waktu
EAT (UTC+3)
 - 
Musim panas (DST)
EEST (UTC+3)
https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/sy.html

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bismillahirrahmanirrahim,


 Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog kami ini dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana di beri peluang untuk bernafas di bumi yang hanya sementara ini. Tujuan kami menubuhkan blog ini adalah untuk mengupas atau menyelidik tentang institusi-institusi  pembangunan yang berteraskan islam di Negara Syiria. Hal ini adalah untuk memudahkan masyarakat untuk mengetahui sejauh manakah perkembangan serta fungsi institusi pembangunan islam di Syiria, contohnya perbangkan, masjid, pendidikan dan banyak lagi. Oleh itu melalui blog yang kami sediakan ini bolehlah kita berkongsi maklumat dan pengetahuan tentang institusi-institusi islam yang terdapat di Syiria, amin…